
SEORANG penjawat awam yang bertugas di bahagian Perbendaharaan, Kementerian Kewangan ditemukan dalam keadaan mati terjerut di Putrajaya pada Rabu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Isa berkata, mangsa berusia 45 tahun itu ditemukan dalam keadaan kaki dan lehernya terjerut serta terbaring di lantai.
Siasatan awal polis mendapati yang insiden yang dikelaskan sebagai bunuh diri itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
BACA LAGI: Polis ambil keterangan nenek, ibu saudara lepas ibu bapa bantu siasat kematian Hud Aryan
BACA LAGI: Polis Bukit Aman panggil 6 petugas radio terkait kandungan persenda upacara agama
"Hasil pemeriksaan awal mendapati si mati ditemui terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut cable tie.
"Tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” kata Rusdi dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah Rusdi lagi, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada 10.56 pagi selepas mayat mangsa ditemui.
Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram