
LIMA individu termasuk ibu bapa kanak-kanak 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang meninggal dunia pada 24 Februari lalu sudah diambil keterangan oleh polis bagi membantu siasatan.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Beliau bagaimanapun berkata, setakat keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan.
BACA LAGI: Ada unsur abai, polis ambil keterangan ibu bapa Hud Aryan
BACA LAGI: Sempat suap nasi, budak lelaki dikhuatiri hilang ke parit luar rumah di Tanah Merah
Katanya, siasatan juga belum ditutup dan akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baru dalam kes itu.
Beliau berkata, individu yang diambil keterangan adalah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudara mangsa.
Sebelum ini, polis mendapati terdapat unsur pengabaian dalam penjagaan Hud Aryan yang ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut pada pokok di sebuah sungai di Tanah Merah, Kelantan.
Lokasi penemuan kanak-kanak itu adalah tiga kilometer daripada rumah neneknya yang terletak di Kampung Aira, Kuala Tiga, Tanah Merah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram