Rakyat tak perlu risau, tarif elektrik kekal kadar sama — Fadillah Yusof


  • Primer
  • Rabu, 05 Mac 2025

Tarif elektrik tidak akan dinaikkan seperti diumum oleh TNB.

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan memastikan tiada kenaikan kadar tarif elektrik seperti yang dikhabarkan sebelum ini.

Katanya, rakyat akan terus menikmati kadar tarif elektrik pada paras serupa walaupun Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum ini ada mengumumkan kenaikan.

Fadillah berkata yang keputusan dibuat TNB tidak menggambarkan keputusan kerajaan sepenuhnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut terkena renjatan elektrik, rentung di Penampang

BACA LAGI: Selangor tingkat kemudahan awam, tambah 4 bas elektrik

Datuk Seri Fadillah Yusof.

"(Pengekalan tarif elektrik) selari persetujuan kerajaan mengenai penetapan kadar purata tarif asas elektrik di Semenanjung bagi TNB di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR), pada 13 Disember lalu.

"Persetujuan itu bagi tempoh Regulatori Keempat (RP4) bermula pada 1 Januari lalu hingga 31 Disember 2027.

"Kementerian pada 20 Disember lalu, juga menyiarkan kenyataan media bertajuk 'Pengekalan Tarif Elektrik di Semenanjung: Kerajaan Menyediakan Subsidi Elektrik Sebanyak RM5.96 Bilion Bagi Tempoh 1 Januari Hingga 30 Jun 2025'," jelasnya menjawab pertanyaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam pada itu, Fadillah mengatakan penentuan kadar tarif elektrik ditentukan menerusi mekanisme Incentive-Based Regulation (IBR).

Kadar tarif eletrik akan dikaji semula setiap tiga tahun dan mekasnime itu digunakan sejak 2014 dengan ia diseliakan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). — The Star/RAHIMY RAHIM/JUNAID IBRAHIM/AND BENJAMIN LEE

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram