Ada unsur abai, polis ambil keterangan ibu bapa Hud Aryan


  • 112
  • Khamis, 27 Feb 2025

Mayat Hud Aryan Mohd Nor Hafifi ditemukan tersangkut pada pokok. — Ihsan bomba

PIHAK polis mendapati terdapat unsur pengabaian dalam penjagaan kanak-kanak 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang ditemukan meninggal dunia di Tanah Merah, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya mengarahkan soal siasat dijalankan terhadap ibu bapa, ahli keluarga dan penduduk sekitar.

Hal ini disebabkan, kehilangan Hud Aryan dilihat tidak masuk akal dan ia memerlukan siasatan lanjut terhadap keluarganya.

BACA LAGI: Sempat suap nasi, budak lelaki dikhuatiri hilang ke parit luar rumah di Tanah Merah

BACA LAGI: Misteri terjawab, mayat Hud Aryan ditemukan tersangkut pokok

Hud Aryan Mohd Nor Hafifi.

"Saya sudah arahkan Ketua Polis Tanah Merah untuk menyiasat ibu bapa, ahli keluarga dan penduduk setempat.

"Mungkin ada unsur pengabaian. Walaupun bedah siasat tidak menemui sebarang tanda dan ia dikelaskan sebagai mati mengejut, berdasarkan komen orang ramai di aplikasi TikTok, kehilangan kanak-kanak itu kelihatan tidak logik.

"Dalam masa lima minit, dia boleh hilang. Jarak dari rumah neneknya ke sungai cuma 50 meter," jelas Mohd Yusoff.

Sebelum ini, Hud Aryan dilaporkan hilang pada Isnin sebelum ditemukan meninggal dunia selepas tersangkut pada pokok di sebuah sungai.

Lokasi penemuan kanak-kanak itu adalah tiga kilometer daripada rumah neneknya yang terletak di Kampung Aira, Kuala Tiga, Tanah Merah. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram