
SEORANG kanak-kanak berusia setahun tujuh bulan dilaporkan hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan pada Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan, mangsa, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi disedari tiada di dalam rumah pukul 7.20 malam Isnin.
Susulan itu, pihak bomba kemudiannya melakukan operasi mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11 malam dan disambung pada pagi Selasa.
BACA LAGI: Tak sempat elak, remaja maut rempuh lembu melintas di Gua Musang
Operasi mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada hari kedua (Selasa). — Facebook
Dalam pada itu, mangsa dikatakan hilang daripada pandangan selepas diberi makan nasi oleh ibunya di rumah.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian juga berlaku ketika seorang saudara datang ke rumah dan bertanya tentang keberadaan mangsa.
Mangsa pada masa sama dikhuatiri keluar dari rumah ketika pagar terbuka dan menuju ke kawasan parit.
Ahli keluarga juga difahamkan sudah mencari mangsa di sekitar parit dan kawasan hutan berhampiran rumahnya.
Insiden itu sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap ahli keluarga kerana mangsa merupakan anak tunggal dan masih kecil.
Setakat ini, pihak bomba masih melakukan operasi menjejaki mangsa dengan kerjasama beberapa penduduk setempat lain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram