[VIDEO] 'Menu' warga asing makin kuasai Selayang, undang rasa jijik orang ramai


  • Tular
  • Rabu, 26 Feb 2025

Tangkap layar aktiviti perniagaan dijalankan warga asing sekitar kaki lima bangunan di pusat bandar Utara Selayang, Batu Caves.

ISU lambakan warga asing bukan perkara baharu di Malaysia dengan perkara itu kian berlarutan sejak berzaman.

Meskipun pelbagai usaha dijalankan pihak kerajaan bagi membasmi sisa kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara, ia masih gagal dihentikan khususnya di kawasan sekitar ibu negara.

Terbaharu, masyarakat kembali dikejutkan dengan aktiviti jual beli makanan yang rancak dijalankan golongan berkenaan di sekitar pusat bandar Utara Selayang, Batu Caves, Selangor.

BACA LAGI: [VIDEO] Kecoh sekampung bergegar, bom Perang Dunia Kedua diletupkan di Kinarut

BACA LAGI: [VIDEO] Rumah perlindungan kucing terbakar, pemuda perjudi nyawa redah api selamatkan si bulus di Johor Bahru

Meskipun merupakan antara lokasi padat penduduk kawasan bandar, aktiviti niaga di sekitar kawasan itu jelas dikuasai pendatang asing yang mula mendatangkan kerisauan penduduk setempat.

Perkongsian seorang individu di laman sosial jelas memaparkan kebersihan yang kurang dijaga malah dipercayai tiada permit sah dari pihak berwajib.

Dimasak dan dijual di kaki lima premis bangunan berhampiran Batu Caves, situasi dikongsikan saling tak tumpah seperti berada di negara asing.

Warga maya tidak ketinggalan meluahkan kerisauan dan jijik melihatkan cara penyediaan dan jualan makanan di lokasi tersebut.

"Kotornya, kenapa pihak PBT biarkan, Kementerian Kesihatan kena periksa segera ni sebab banyak sangat warga asing jual makanan," kata Little star.

"Pusat bandar Utara Selayang ni, setiap hari aku hadap dorang ni sebab kerja aku ke kedai runcit, bau tak payah cakap hancing betul," ujar Eyaa Nadeera.

"Satu lagi aku perasan mereka mula pakai basikal tiga roda macam di negara asal, satu hari nanti kereta lembu pun boleh ada atas jalan kita," tambah Jelizia Hassan.

Dalam pada itu, warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar dikatakan antara golongan yang rancak menjalankan aktiviti jualan di kawasan berkenaan.

Selain daripada hidangan lauk pauk, daun sirih, sayur-sayuran dan kuih muih tradisional asing merupakan tarikan aktiviti niaga di situ.

Belum ada sebarang kenyataan Majlis Perbandaran Selayang mahupun penguat kuasa berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membuat laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram