
BRUNEI Darussalam akan memulakan ibadat berpuasa pada Ahad selepas usaha untuk mencerap anak bulan tidak membuahkan hasil.
Laporan Buletin Borneo menyebut, usaha melihat bulan sabit atau hilal tidak berhasil ketika cerapan dilakukan di seluruh negara.
Oleh disebabkan itu, pemerintah Brunei mengesahkan yang umat Islam di negara itu akan mula berpuasa pada Ahad.
BACA LAGI: Puasa Sabtu atau Ahad terjawab, tarikh lihat anak bulan Ramadan ditetapkan 28 Februari
BACA LAGI: [VIDEO] 'Ujian dekat nak puasa', penduduk simpati rumah di Kuala Terengganu dijilat api
Dalam pada itu, umat Islam di Brunei akan mula melakukan ibadat lain seperti solat tarawih, solat witir dan tadarus al-Quran bermula Sabtu.
Malaysia masih belum lagi menetapkan bila umat Islam di negara tersebut memulakan ibadat puasa mereka.
Pengumuman itu akan dibuat pada Jumaat sekitar pukul 8 malam. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram