KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi simpanan konvensional dan syariah


  • Primer
  • Sabtu, 01 Mac 2025

KWSP mengumumkan kadar dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2024.

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2024, dengan jumlah pembayaran berjumlah RM63.05 bilion.

Sementara itu, kadar dividen untuk simpanan syariah ialah 6.3 peratus dengan pembayaran sebanyak RM10.19 bilion.

Ia sekali gus menyaksikan kedua-dua simpanan konvensional dan syariah itu mencatatkan dividen yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

BACA LAGI: KWSP perkenal 3 tahap simpanan bersara mengikut gaya hidup

BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut terkena renjatan elektrik, rentung di Penampang

Bagi 2023, KWSP mengisytiharkan kadar dividen 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dengan jumlah pembayaran berjumlah RM50.3 bilion serta dividen 5.4 peratus untuk simpanan syariah, dengan pembayaran berjumlah RM7.5 bilion.

Untuk rekod, pembayaran dividen KWSP untuk simpanan konvensional bagi tempoh sedekad lalu ialah 6.35 peratus pada 2013, 6.75 peratus (2014), 6.4 peratus (2015), 5.7 peratus (2016), 6.9 peratus (2017), 6.15 peratus (2018), 25.45 peratus (2018), 6.10 peratus (2021) dan 5.35 peratus (2022).

Bagi Simpanan Syariah, ia mencatatkan dividen sebanyak 6.4 peratus pada 2017, 5.9 peratus (2018), 5 peratus (2019), 4.9 peratus (2020), 5.65 peratus (2021) dan 4.75 peratus (2022). — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram