
SEBUAH laluan lebuh raya di Wilayah Songkhla, Thailand telah dinaik taraf menjadi landasan pendaratan jet pejuang Tentera Udara Diraja Thailand (RTAF).
Ujian simulasi kecemasan itu telah dijalankan pada Jumaat di lebuh raya 4287, Hat Yai yang membolehkan ia dijadikan sebagai landasan sementara.
BACA LAGI: [VIDEO] Dua maut terkena renjatan elektrik, rentung di Penampang
BACA LAGI: [VIDEO] Trump maki Zelensky depan media, Ukraine bakal hilang sokongan AS perangi Rusia
Detik bersejarah itu dirakamkan dan meraih perkongsian meluas di platform sosial.
Juruterbang jet pejuang Gripen berjaya mendarat dengan selamat dalam sesi latihan dijalankan selama lebih sejam itu.
Jet Road 4287 telah dipilih untuk menjalankan operasi bersejarah ini yang sekali gus membuktikan lebuh raya di wilayah tersebut mampu digunakan sebagai pangkalan kecemasan untuk pesawat tempur.
Jet Gripen berfungsi sebagai pesawat tempur utama pasukan tentera Thailand dengan pangkalan terbesar mereka terletak di Wing 7, wilayah Surat Thani, Thailand. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram