PENGUNJUNG meluahkan kebimbangan mengenai keadaan kotor, pencahayaan teruk dan struktur retak di tempat letak kereta bawah tanah di bawah Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Mereka juga menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan beberapa mesin pembayaran tempat letak kereta yang tidak berfungsi di sana kerana mengakibatkan masalah kepada pengunjung.
Nadila Abd Rahim berkata, disebabkan masalah kerosakan mesin pembayaran, pengunjung cenderung berkerumun di sekitar mesin yang masih berfungsi.
"Mesin-mesin ini juga terletak jauh antara satu sama lain, memaksa kami berjalan agak jauh untuk membayar parkir," katanya.
BACA LAGI: Magis Anwari Ashraf mampu lonjak Keluang Man 'mendonia', ubah landskap perfileman tempatan
BACA LAGI: Sebaris Pak Nil dan Afdlin Shauki, Bront Palarae kini bergelar Profesor Adjung Seni Sinematik MMU
Sementara itu, KC Chong pula mempertikaikan pencahayaan kurang baik di tempat letak kereta bawah tanah itu, yang menurutnya boleh menimbulkan risiko bahaya terutamanya kepada golongan wanita.
"Beberapa bahagian tempat letak kereta sangat gelap, keadaan ini boleh menggalakkan penjenayah mengambil kesempatan," ujarnya.
S. Ganesan pula berkata, kemudahan tempat letak kereta itu tidak mencerminkan Kuala Lumpur dan memberi kesan negatif terhadap kesiapsiagaannya menyambut pelancong menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Ini adalah kawasan tumpuan pelancongan, impak apa yang kita beri kepada orang yang datang melawat?, katanya.
Amir Hakim Abdullah mendapati lantai yang retak dan perubahan warna pada bahagian dinding benar-benar tidak menyenangkan.
“Pihak berkuasa yang berkenaan seharusnya mengambil langkah untuk membaiki kemudahan tempat letak kereta ini,” tambahnya.
Menurut Adrian Wong, hukuman yang lebih berat diperlukan untuk menghalang perbuatan vandalisme dan pembuangan sampah di kawasan tersebut.
“Saya pernah melihat beberapa orang membuang plastik terpakai ke atas tanah.
“Kita tidak boleh sentiasa menyalahkan pihak berkuasa, orang ramai juga perlu bertanggungjawab,” tambahnya.
Sepanduk di tapak berkenaan memaparkan kawasan tempat letak kereta itu beroperasi antara 6 pagi hingga 8 malam pada hari bekerja dan beroperasi sepanjang masa pada hujung minggu.
Dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), fasiliti itu kini diuruskan oleh pihak ketiga.
DBKL masih belum memberi sebarang komen atau mengulas berkenaan perkara tersebut setakat laporan ini ditulis. — The Star / FARID WAHAB
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
