
TERDAPAT banyak tempat letak kereta yang disediakan untuk orang awam di kawasan parkir berhampiran Stesen Keretapi Ipoh, Perak, ujar jurucakap Perbadanan Aset Keretapi (RAC).
Walaupun 30 tempat letak kereta sudah ditempah oleh Jawatankuasa Peguam Perak (Perak Bar) untuk kegunaan eksklusif ahlinya di stesen tersebut, tetapi jumlah masih mencukupi untuk orang awam.
Jurucakap memberi jaminan yang terdapat kira-kira 65 tempat letak kereta yang tersedia untuk orang awam.
BACA LAGI: Warga Kepong kecewa, projek pembinaan, 'renovate' mall tak siap-siap selama sedekad
Stesen Keretapi Ipoh.
“Perak Bar akan menandakan tempat letak kereta yang disewa tersebut.
“Orang awam atau penumpang boleh menggunakan tempat letak kereta yang ada di stesen tersebut serta yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Kami tidak menjangkakan sebarang masalah timbul daripada pengaturan ini kerana terdapat kawasan parkir alternatif dan perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan.
“Selain itu, pilihan pengangkutan awam seperti e-hailing dan teksi masih tersedia, dengan tempat turun yang ditetapkan di stesen keretapi,” kata jurucakap tersebut.
Terdapat kebimbangan orang awam mengenai kesukaran untuk mencari tempat letak kereta berhampiran stesen selepas mendapati Perak Bar telah memperoleh sebahagian daripada kawasan parkir tersebut.
Jurucakap itu menambah kawasan parkir tersebut sebelum ini tidak diurus dengan baik, menyebabkan kebimbangan mengenai kebersihan dan keselamatan.
“Perak Bar menyatakan minat untuk menyewa kawasan ini bagi menyediakan tempat letak kereta khusus untuk peguam sambil memastikan penjagaan yang betul," jelas jurucakap itu.
Di laman webnya, Pengerusi Perak Bar, Balakrishna Balaravi Pillai berkata tempat letak kereta di kawasan yang ditetapkan itu adalah percuma untuk ahli mereka.
“Ahli dinasihatkan untuk membeli pelekat kereta Perak Bar atau Malaysian Bar daripada Sekretariat Perak Bar untuk mengakses kawasan parkir ini.”
Balakrishna berkata 10 lagi tempat letak kereta telah diperoleh di Perpustakaan Tun Razak, Ipoh tetapi ahli perlu membayar untuk meletakkan kereta di sana.
“Tempat letak kereta ini disediakan berdasarkan siapa cepat dia dapat.
“Kami berharap kemudahan parkir tambahan ini akan memberikan keselesaan lebih kepada ahli kami, terutamanya yang menghadiri urusan mahkamah," katanya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram