SEORANG warga emas selisih maut selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tempat letak kereta bertingkat di Pangsapuri Seri Malaysia dekat Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Video tersebut turut menjadi tular dan menjadi bualan dalam kalangan warga maya selepas video itu dimuat naik di media sosial pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan mengesahkan kejadian terbabit.
BACA LAGI: [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, datuk meninggal dunia lepas selamatkan 2 cucu di Pantai Irama
Seorang warga emas selisih maut selepas kereta yang dipandunya terjunam dari tempat letak kereta bertingkat di Pangsapuri Seri Malaysia dekat Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.
Kredit: Orang awam pic.twitter.com/vFMJ2624FN
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) February 10, 2025
Katanya, mangsa berusia 78 tahun terselamat daripada kecederaan serius.
"Kejadian berlaku apabila pemandu berkenaan secara tidak sengaja menekan pedal pemecut ketika cuba meletakkan kenderaan di tingkat empat.
"Akibatnya, kereta tersebut merempuh dinding parkir sebelum terjatuh ke tanah.
"Pemandu itu berada bersendirian ketika kejadian dan hanya mengalami kecederaan ringan. Dia telah dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, pihak pengurusan bangunan telah menutup kawasan yang terjejas dan akan menjalankan kerja-kerja pembaikan bagi memastikan keselamatan penghuni. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram