
BEBERAPA penduduk di Kepong Baru, Kuala Lumpur menentang rancangan untuk membuka sebuah medan selera di kawasan tersebut, dengan alasan kekurangan tempat letak kereta dan bilangan restoran yang sudah banyak di situ.
Medan selera yang sudah dibina tetapi terbiar itu terletak di persimpangan yang menghubungkan Jalan Vista Mutiara 1 dan Jalan Vista Mutiara.
Aktivis komuniti, Yee Poh Ping berkata, penduduk dan peniaga sudah pun bergelut dengan kekurangan tempat letak kereta.
BACA LAGI: Tasik Berombak banyak kisah misteri, penduduk beri amaran orang luar waspada
BACA LAGI: Tinggal tunggu permit, projek pemasangan paip Taman Cheras Idaman mula Februari tahun depan
“Medan selera ini telah terbiar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tetapi terdapat desas-desus ia mungkin akan dibuka tidak lama lagi.
“Terdapat banyak kedai di kawasan ini dan kekurangan tempat letak kereta hanya akan merugikan peniaga,” katanya.
Poh Ping menegaskan Jalan Kepong Baru sudah mempunyai kawasan penjaja yang menawarkan banyak pilihan makanan.
“Penduduk yang pulang kerja juga menghadapi kesukaran untuk mencari tempat letak kereta kerana terdapat hampir 3,000 unit campuran komersial dan kediaman di kawasan berhampiran," katanya.
Dia menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membina tempat letak kereta atau dewan komuniti di tapak tersebut sebagai pengganti medan selera itu.
Poh Ping juga meminta pihak berkuasa tempatan membersihkan premis itu kerana ia telah menjadi tempat pembuangan sampah. — The Star/MEGAT SYAHAR
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram