Lima penggal tabur bakti, bekas ADUN Kemasik meninggal dunia sakit jantung


  • Primer
  • Rabu, 26 Feb 2025

Abu Bakar (kanan) meninggal dunia pada usia 79 tahun. — Facebook/Ahmad Zahid Hamidi

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Datuk Abu Bakar Ali dilaporkan meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas mengalami masalah jantung.

Memetik laporan Berita Harian, Abu Bakar menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, Selangor selepas mengalami masalah jantung dan beberapa isu kesihatan lain.

Dia yang menjadi ADUN Kemasik di Terengganu selama lima penggal berturut-turut dari 1998 hingga 2004 menghembuskan nafas terakhir pada petang Selasa. 

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ujian dekat nak puasa', penduduk simpati rumah di Kuala Terengganu dijilat api

BACA LAGI: Khabar Pawi meninggal dunia, ketibaan legenda JDT antara 'hoax' menimpa kem Terengganu

Jenazah Abu Bakar kemudiannya dibawa Kampung Baru Kemasik, Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gelugor, Kerteh.

Perkara itu disahkan oleh anaknya, Mohd Amri Halimi Abu Bakar, 53, yang mengatakan bapanya berdepan masalah sesak nafas pada 23 Januari lalu.

"Ayah juga disahkan mengalami paru-paru berair dan masalah buah pinggang, selain sakit saraf sejak 2012.

"Keadaan itu menyebabkan ayah terpaksa menggunakan kerusi roda dan bertongkat untuk bergerak," ujar Mohd Amri Halimi.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram