
SEHINGGA kini, masa depan ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk masih lagi menjadi tanda tanya.
Dengan kontraknya yang akan berakhir pada akhir musim, dia yang seperti Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold masih lagi belum mengesahkan ke manakah destinasi mereka selepas ini sama ada kekal di Liverpool atau sebaliknya.
Jika Van Dijk memilih untuk pergi, Arne Slot perlu mencari pengganti baharu yang setaraf dengannya bagi digandingkan dengan Ibrahima Konate. Siapakah calon yang sesuai?
BACA LAGI: [VIDEO] Sengaja siku bintang Spurs, van Dijk bernasib baik tak dibuang padang
BACA LAGI: Skuad emas Liverpool hampir tamat, Van Dijk pula dipancing sertai Trent ke Real Madrid
Jules Kounde
Satu pemain yang boleh menyelesaikan dua masalah buat Slot seandainya dia kehilangan Van Dijk dan Alexander-Arnold serentak pada akhir musim kerana versatiliti dimiliki Jules Kounde.
Pemain Barcelona itu secara lumrahnya adalah pertahanan kanan, tetapi dia boleh juga kompeten untuk beraksi sebagai pertahanan tengah baik di sebelah kiri atau kanan.
Kounde antara pertahanan yang berkualiti dimiliki Perancis.
Ia menjadikan Kounde seakan Joe Gomez, seorang lagi pertahanan The Reds yang mempunyai kemampuan beraksi di pelbagai posisi pertahanan baik di sebelah tepi atau tengah.
Tambahan pula, Kounde merupakan rakan senegara Konate. Dengan kontraknya akan berakhir pada Jun 2027, Liverpool sudah boleh perlahan-lahan 'masuk line' untuk dapatkannya.
Dayot Upamecano
Satu lagi nama yang boleh mengisi menggantikan Van Dijk sekiranya dia pergi adalah pemain Bayern Munich iaitu Dayot Upamecano.
Upamecano merupakan pertahanan yang sering dikaitkan dengan Liverpool ketika era Jurgen Klopp namun perpindahan itu tidak pernah terjadi. Ia mungkin boleh berlaku sekarang ketika Slot menguruskan The Reds
Upamecano pernah dikaitkan dengan Liverpool.
Lebih menarik, kontrak Upamecano bersama Bayern tinggal setahun saja lagi dan ini adalah masalah terbaik buat Liverpool cuba mendapatkannya sementara pertahanan itu tidak memperbaharui kontraknya.
Sama seperti Kounde, Upamecano mempunyai markah tambahan apabila dia merupakan rakan senegara Konate. Jadi, Konate mungkin berminat untuk bekerjasama dengan rakan senegaranya di Liverpool.
Alessandro Bastoni
Calon terakhir dilihat berkualiti untuk menggantikan Van Dijk adalah pertahanan Inter Milan iait Alessandro Bastoni.
Pemain antarabangsa Itali itu merupakan nadi pertahanan Inter dengan bintang Azzuri itu mempunyai ketinggian 1.9 meter. Selain itu, dia juga sering menghasilkan jaringan dan bantuan gol buat kelabnya.
Bastoni adalah nadi pertahanan Inter Milan.
Harga untuk dibayar buat Bastoni agak tinggi dengan Liverpool perlu membayarnya dengan jumlah minimum €75 juta (RM346 juta) untuk membawanya ke Anfield.
Tetapi dengan usianya baru memasuki 25 tahun, dengan jumlah tersebut mungkin membolehkan Bastoni menjadi pelaburan jangka panjang bagi menguatkan lagi pertahann The Reds. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram