[VIDEO] Wanita warga emas kena serang, gelang emas diragut penunggang motosikal di Simpang Pulai


  • 112
  • Selasa, 25 Feb 2025

Wanita berusia 62 tahun yang diserang dan diragut gelang emasnya sewaktu berada di Simpang Pulai, Kinta, Perak pada Selasa.

KEJADIAN ngeri menimpa wanita berusia 62 tahun yang diserang dan diragut gelang emasnya sewaktu membuka pintu kereta di Simpang Pulai, Kinta, Perak pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata, polis menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 1.35 petang.

Sajidan berkata, polis sebelum ini menemui video kejadian yang tular di media sosial.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipukul dan gelang emasnya dilarikan suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan secara sukarela ketika melakukan samun. Polis kini sedang memburu suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: CEO Alef Aeronautics dedah faktor keselamatan antara punca tidak kongsi video kereta terbang pertama berlepas dengan selamat

BACA LAGI: [VIDEO] Padah lempar kabel internet dari bawah, 2 juruteknik Indonesia rentung berpelukan terkena renjatan elektrik

Tambahnya lagi, individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara itu digesa hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Fatin Nur Nazihah di talian 019-636 3536.

“Rakyat juga dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri atau membuat spekulasi berhubung kes itu yang boleh menimbulkan kekeliruan atau keresahan orang ramai,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram