Pelajar kejuruteraan penyelenggaraan kapal terbang Adtec Shah Alam mangsa nahas lori rempuh kereta di Nilai


  • Tular
  • Rabu, 26 Feb 2025

Seorang pelajar IPT terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Bandar Baru Nilai.

MALANG buat seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) apabila terlibat dalam sebuah kemalangan melibatkan lori dengan kereta di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Kemalangan yang berlaku Rabu itu dilaporkan berlaku di Persiaran Perdana menuju ke arah Sepang, Selangor.

Insiden yang dilaporkan oleh orang awam itu dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas selama sejam di lokasi kejadian.

BACA LAGI: [VIDEO] Budak 2 tahun tahan kesakitan kaki tersepit eskalator di pusat beli-belah Alor Setar

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita warga emas kena serang, gelang emas diragut penunggang motosikal di Simpang Pulai

Kemalangan tersebut melibatkan sebuah lori dengan dua buat kereta yang berada di depan dan belakang kenderaan berat tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Wan Nur Amirah Wan Mustapa merupakan seorang penuntut jurusan kejuruteraan penyelenggaraan kapal terbang di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Shah Alam, Selangor.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada Wan Nur Amirah meninggal dunia atau cuma mengalami kecederaan daripada kemalangan tersebut. 

Setakat berita ini ditulis, masih belum ada kenyataan daripada pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram