[VIDEO] 'Ujian dekat nak puasa', penduduk simpati rumah di Kuala Terengganu dijilat api


  • Tular
  • Isnin, 17 Feb 2025

Tangkap layar menunjukkan orang ramai bersama pihak bomba sedang memadam api.

TULAR di media sosial memaparkan kebakaran besar melanda kawasan sekitar Masjid Kampung Mengabang Tengah di Kuala Terengganu, Terengganu yang menyebabkan beberapa struktur rumah berhampiran rentung dan terjejas teruk.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang pada Isnin itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat yang segera bertindak untuk memadamkan api berkenaan.

Video yang tular di media sosial menunjukkan api yang marak dengan cepat merebak ke beberapa rumah berdekatan, mencemaskan ramai pihak.

BACA LAGI: Mati jatuh longkang, identiti lelaki ditemukan berlumuran darah di Ipoh masih misteri

BACA LAGI: 'Macam lepaskan kuda berlumba', peniaga gesa PBT perbaiki sistem pemilihan tapak bazar di Muar

Dalam rakaman itu, kelihatan usaha keras penduduk setempat yang berusaha membantu memadamkan api bersama pihak bomba.

Susulan kejadian itu, ramai warga maya menyuarakan rasa simpati terhadap keluarga yang terlibat, terutama dengan bulan Ramadan yang semakin dekat.

"Ya ALLAH, ujian dekat dengan puasa, semoga pemilik rumah tabah menghadapi ujian," kata Fatihah Nasir.

"Semoga tiada mangsa yang cedera, besar api yang marak itu," kata Nur Shahibah.

"Ujian nak dekat puasa, semoga keluarga terlibat diberikan kesabaran dan ketabahan," kata Tengku Adam.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih belum dikenali pasti dan Majoriti sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram