
SERAMAI empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakod ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM).
Menurut sumber, pegawai berkenaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Jumaat lalu untuk permohonan reman.
Perintah reman itu juga dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha.
BACA LAGI: Katanya berang kena tuntut cerai, lelaki tergamak ugut isteri, cekik anak di Tawau
BACA LAGI: [VIDEO] Rider maut, potong 'double line' sebelum bertembung kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra
Tiga pegawai direman lima hari sehingga Selasa nanti, manakala seorang lagi direman selama tiga hari dan dibebaskan pada Ahad.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan perkara itu.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.
"Kami berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya. — The Star/FARIK ZOLKEPLI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram