Katanya berang kena tuntut cerai, lelaki tergamak ugut isteri, cekik anak di Tawau


  • 112
  • Sabtu, 22 Feb 2025

Polis berjaya menahan suspek yang mencederakan anak dan mengugut isterinya di Tawau, Sabah pada Jumaat. — Polis Tawau

SEORANG lelaki ditahan selepas mencederakan anak dan mengugut isterinya di Tawau, Sabah pada Jumaat. 

Suspek berusia lingkungan 40-an itu dipercayai mencekik leher anaknya kerana tidak berpuas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh yang dilakukan isterinya. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sekitar perumahan Taman Semarak, Tawau pada 27 Disember 2024.

BACA LAGI: [VIDEO] Rider maut, potong 'double line' sebelum bertembung kereta di Jambatan Sultan Yahya Petra

BACA LAGI:  Anak saya tak pernah makan gula-gula gummy sebelum ini — Bapa Mohamad Fahmi

Beliau berkata, suspek merupakan suami kepada mangsa yang bekerja sebagai jurujual berusia 39 tahun.

"Suspek sering mengganggu mangsa sejak permohonan itu dikemukakan.

"Dalam kejadian terbaharu, suspek bertindak agresif dengan mencekik anak mereka sebelum mengugut mahu mencederakan isterinya.

"Mangsa yang ketakutan segera membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. 

Katanya, suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Tambahnya, polis memandang serius berkaitan kes keganasan rumah tangga dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan ahli keluarga mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, Instagram dan Telegram