[VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye


  • Benua
  • Ahad, 23 Feb 2025

TINDAKAN seorang penunggang motosikal yang melakukan khianat dengan membakar sebuah traktor yang diletakkan di tepi jalan membawa padah apabila dirinya sendiri turut terbakar dalam satu kejadian di Turkiye.

Video kejadian turut berjaya dirakam sebuah kamera litar tertutup (CCTV) salah sebuah premis di tempat kejadian.

Memetik laporan berita antarabangsa, kejadian itu berlaku pada Jumaat di daerah Serik, Antalya, Turkiye dan masih belum ada lagi sebarang tangkapan yang dibuat ke atas suspek yang melarikan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Status OKU suspek cabul di masjid Batang Kali masih dalam siasatan, polis reman 7 hari

BACA LAGI: [VIDEO] Sambutan hari jadi bertukar mimpi ngeri, wanita Vietnam melecur muka belon gas hidrogen meletup

Melalui video tular yang dikongsikan dalam media sosial sejak hari kejadian memaparkan suspek yang tiba di lokasi kejadian dengan menaiki motosikal sebelum mencurahkan petrol ke atas traktor berkenaan.

 

 

 

 

Dia kemudiannya cuba menyalakan api menggunakan sebuah pemetik api beberapa kali sebelum api yang dinyalakan bukan sahaja menyambar traktor tersebut, tetapi juga terkena pada jaket yang dipakainya.

Panik dengan keadaan itu, suspek segera menanggalkan jaketnya yang terbakar dan melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki selepas motosikalnya turut mengalami kerosakan akibat kebakaran tersebut.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian segera menghubungi pihak berkuasa. Pasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan api, manakala pihak polis telah melancarkan operasi untuk mengesan dan menangkap suspek.

Setakat ini, motif di sebalik cubaan membakar traktor itu masih belum diketahui, dan siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram