[VIDEO] Budak menangis kesakitan kaki tersepit celah eskalator di pusat belah-belah di Singapura


  • Benua
  • Ahad, 23 Feb 2025

SEORANG kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit selepas kakinya tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah di Buangkok, Singapura pada Sabtu.

Melalui rakaman video tular yang dimuat naik di laman media sosial, seorang wanita dipercayai ibu kepada budak perempuan turut dilihat berada di sisi mangsa yang kelihatan menangis kesakitan.

Turut kedengaran orang awam menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tuhan bayar 'cash', lelaki disambar api ketika cuba bakar traktor di tepi jalan di Turkiye

BACA LAGI: [VIDEO] Status OKU suspek cabul di masjid Batang Kali masih dalam siasatan, polis reman 7 hari

 

 

 

 

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengesahkan kejadian tersebut.

SCDF dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam sekitar pukul 6.50 petang.

"Susulan itu sekumpulan anggota telah dikejarkan ke 70 Compassvale Bow, Sengkang Grand Mall.

"Anggota penyelamat terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki kiri kanak-kanak itu daripada bahagian sisi eskalator," katanya.

Difahamkan, selepas berjaya diselamatkan, mangsa segera dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun, setakat berita ini ditulis, keadaan semasa kanak-kanak itu masih belum didedahkan.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian bagi memastikan keselamatan eskalator di pusat beli-belah tersebut serta mengelakkan insiden serupa berulang di masa hadapan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram