[VIDEO] Jambatan Tuaran bernilai RM18 juta didakwa terbazir, bengkok kerana bahan tak berkualiti


  • Tular
  • Ahad, 02 Feb 2025

Jambatan menghubungkan Pekan Tuaran-Sungai Damit kelihatan bengkok dengan jelas.

TULAR ketika ini di media sosial apabila perkongsian mengenai sebuah jambatan di Tuaran, Sabah yang sudah bengkok walaupun baru beberapa tahun siap dibina.

Jambatan yang menghubungkan Sungai Damit dengan Pekan Tuaran itu didapati sudah tidak kukuh lagi apabila ia kelihatan bengkok daripada pandangan kasar.

Apa yang mengecewakan rakyat sekitar, jambatan tersebut dibina dengan kos RM18 juta namun ia tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

BACA LAGI: [VIDEO] MPV mewah jadi 'port' tedung selar melingkar, ramai tertanya cara nak tahu ular 'tumpang' kenderaan

BACA LAGI: Pelajar Malaysia ditemukan dalam keadaan keliru, ibu syukur Nurin Hannani selamat di Tokyo

Menerusi perkongsian dilakukan oleh zid.aliasgar di TikTok, dia sendiri pergi ke jambatan tersebut dan mengukurnya. Dapatan kajiannya cukup membimbangkan kerana besi kekuli I-Beam yang digunakan pada jambatan itu tidak menepati spesifikasi ditetapkan.

Walaupun jambatan itu tidak mampu menampung beban dengan baik, namun ia tidak mempunyai masalah dari segi rekaannya.

Apa yang membezakan jambatan tersebut dengan yang lain adalah kualiti bahan digunakan dan ia secara tak langsung memperjudi aspek keselamatan kepada para pengguna.

"Saya sukat sendiri besi I-Beam yang di gunakan, tebal 1 inci 6 hun. Tinggi 2.5 kaki, lebar 1 kaki 8 inci.

"Perbandingan dengan lengkung jambatan yang lain, ternyata I-Beam yang digunakan ini, kurang dari segi spesifikasinya.

"Memang teruk kerana jambatan ini bengkok di atas beratnya sendiri, belum lagi naik beban lain di atasnya. Belum apa-apa sudah bengkok

"Rekaan parabolik jambatan ini tiada masalah, isunya pematuhan spesifikasi dan kualiti bahan," jelasnya.

Sebagai rekod, hun merupakan sistem ukuran cara lama yang sering dipakai oleh jurubina. Ia kemudiannya digantikan dengan sistem ukuran metrik meter di Malaysia bermula 1982.

Jambatan tersebut pernah tular pada 2023 dengan terdapat usaha merobohkannya dan membina semula. Namun begitu, sehingga kini, masih tiada sebarang perkembangan mengenainya.

B14EA62C-7654-437B-BF1A-37143F0B94E8

Notis penutupan jambatan untuk membolehkan pembinaan semula.

Perkara tersebut mendapat perhatian sesi kamar khas di Dewan Rakyat dengan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sebuah pasukan petugas khas ditubuhkan untuk perkara tersebut.

"Jawatankuasa Task Force Damit menyarankan supaya jambatan baru dibina di lokasi yang sama setelah jambatan sedia ada dirobohkan berdasarkan justifikasi value for money, ketahanan struktur serta keselamatan pengguna," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram