Ops Sky: Syarikat perunding kewangan tawar komisen 'pancing' pelanggan baharu


  • 112
  • Selasa, 04 Feb 2025

SPRM menerusi Ops Sky menahan lebih 12 individu disyaki terbabit rasuah dan penggubahan wang haram. — Ihsan SPRM

FIRMA perunding kewangan yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Ops Sky kerana kesalahan pengubahan wang haram dan penipuan didapati menawarkan komisen kepada pelanggannya untuk mendorong mereka memperkenalkan kepada pelanggan lain, selain menggunakan artis dan selebriti tempatan sebagai duta.

Menurut sumber SPRM, syarikat itu juga meminta individu yang menyertai skim kewangan untuk membuat hantaran di saluran media sosial peribadi bagi menarik rakan-rakan masing-masing supaya ikut mendaftar.

"Terdapat usaha oleh firma perunding kewangan tersebut untuk menawarkan komisen kepada individu yang memperkenalkan pelanggan baharu kepada mereka dan mempromosikan perkhidmatan syarikat tersebut," kata sumber itu pada Selasa.

BACA LAGI: Selebriti terima bayaran hingga RM400,000 jadi duta syarikat perunding kewangan disiasat SPRM

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati dimalukan depan keluarga, suami tergamak tanam isteri warga Aceh hidup-hidup

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada firma perunding kewangan lain menggunakan modus operandi yang sama untuk memanipulasi kelulusan permohonan pinjaman bank.

"Setakat ini, SPRM hanya memberi tumpuan kepada siasatan terhadap syarikat ini," katanya, sambil menambah bahawa pihak mereka juga telah mengenal pasti tiga artis yang merupakan duta syarikat tersebut pada tahun 2023 dan 2024 dan akan memanggil mereka untuk memberi keterangan.

Seramai 27 individu termasuk 18 pegawai bank, lapan kakitangan firma perunding kewangan dan seorang orang awam telah dibebaskan dengan jaminan SPRM di bawah Ops Sky.

SPRM turut merampas kira-kira 4,000 dokumen dan membekukan 98 akaun bank bernilai RM17,403,644. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram