
SEPASANG kekasih ditahan pihak polis untuk membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga emas di Pangsapuri Seri Orkid, Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat.
Pihak polis menahan pasangan kekasih berumur lingkungan 20-an itu di sebuah rumah yang terletak di Paya Terubong, Pulau Pinang sekitar 6.30 pagi Isnin hasil daripada risikan dilakukan.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek lelaki daripada pasangan kekasih itu merupakan anak kepada mangsa tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] SPRM guna teknologi blokchain dan AI siasat jenayah rasuah, siber kompleks
BACA LAGI: 'Fikir 2 kali sebelum buat jenayah', anggota polis auto kejung ketika demo 'taser gun' PDRM
"Lelaki yang ditahan itu merupakan anak kepada wanita warga emas berusia 60-an yang ditemukan maut dalam kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar insiden berkenaan," katanya.
Tambah Hamzah lagi, kedua-dua suspek kemudiannya direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Mereka direman sehingga 9 Februari.
Mayat wanita tersebut ditemui oleh jiran tetangga selepas menghidu bau busuk. Ia kemudiannya dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram