
SEORANG akauntan memutuskan untuk membatalkan pakej rawatan kulit yang didaftarkan selepas berlaku pertikaian pembayaran dengan pusat kecantikan terbabit.
Hairatul Anisa Halim berkata, sebelum ini, dirinya tertarik dengan rawatan yang ditawarkan dengan harga mampu milik seperti diiklankan di media sosial.
Selepas menghubungi pusat kecantikan yang terletak di Johor Bahru itu, Hairatul diberikan tarikh temu janji pada 27 Julai 2024.
“Apabila saya tiba di pusat berkenaan, saya telah memilih rawatan kulit bernilai RM55,'' katanya ketika ditemui di luar Tribunal Tuntutan Pengguna Johor di Menara Ansar, Johor Bahru.
BACA LAGI: [VIDEO] SPRM guna teknologi blokchain dan AI siasat jenayah rasuah, siber kompleks
BACA LAGI: 'Fikir 2 kali sebelum buat jenayah', anggota polis auto kejung ketika demo 'taser gun' PDRM
Hairatul berkata, sebelum rawatan dimulakan, seorang perunding kecantikan menjalankan analisis kulit.
“Dia mengatakan kulit saya tidak sesuai dengan rawatan RM55 dan mencadangkan saya memilih jenis rawatan berbeza yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada pakej,'' kata Hairatul.
Pakej yang dicadangkan itu berharga RM4,000 untuk 12 sesi, ditambah dengan tiga sesi percuma.
Namun, harga pakej itu kemudiannya diturunkan kepada RM3,500.
Hairatul bersetuju dan membayar RM2,000 melalui pemindahan bank secara dalam talian, dan RM500 pada janji temu pertama.
Dia kemudiannya membuat bayaran RM500 setiap satu untuk Ogos, September dan Oktober.
Pada 27 Julai, Hairatul pergi ke pusat kecantikan itu untuk rawatan detoksifikasi kulit serta rawatan nano dan kemudiannya diberikan invois berjumlah RM650.
Hairatul menyangka bahawa jumlah tersebut akan dimasukkan dalam pembayaran pakej RM3,500.
Bagaimanapun, dirinya hanya mengetahui jumlah invois RM650 itu tidak termasuk dalam pakej tersebut selepas dia membayar RM2,000.
Susulan perkara itu, dia memutuskan untuk membatalkan pakej berkenaan.
“Kakitangan pusat itu seharusnya memaklumkan kepada saya bahawa RM650 tidak akan dimasukkan ke dalam pakej RM3,500,” tambahnya.
Hairatul turut mendakwa sesi rawatan pertama tidak mengurangkan bintik di dahinya.
Selepas menolak yuran pentadbiran daripada jumlah RM2,000 yang dibayar oleh Hairatul, Presiden Lee Chee Thim mengarahkan responden mengembalikan RM1,533.33 kepada pengadu dalam tempoh dua minggu.
Orang ramai yang memerlukan bantuan berhubung perkara Tribunal boleh menghubungi 07-227 1755 atau 07-227 1766. — The Star/ZAZALI MUSA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram