
PLATFORM permainan dalam talian popular, Roblox, kini menjadi perhatian ramai berikutan peningkatan ancaman pemangsa siber yang menyasarkan kanak-kanak.
Roblox, dimainkan lebih 40 juta pengguna, menarik minat ramai pemain muda terutamanya kanak-kanak.
Namun, popularitinya turut membuka ruang kepada eksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab.
BACA LAGI : [VIDEO] Atlet angkat berat remaja perempuan India maut patah tengkuk dihempap barbel 270kg
BACA LAGI : [VIDEO] Terlebih berani hulur makanan sambil usap buaya 'mangsa banjir', warga emas hampir maut dibaham
Seorang ibu dari San Antonio, Lisa Marie Helmke, berkongsi pengalaman mengawasi anaknya bermain Roblox sejak usia lima tahun.
Dia menekankan kepentingan kawalan ibu bapa bagi memastikan keselamatan anak-anak semasa menggunakan platform tersebut.
FBI mendedahkan kes eksploitasi melibatkan seksual kanak-kanak berkaitan internet semakin meningkat. — Gambar Hiasan/Agensi
Sementara itu, Timbalan Ejen Khas FBI Bahagian San Antonio, Alex Doran, mendedahkan kes eksploitasi melibatkan seksual kanak-kanak berkaitan internet semakin meningkat.
Pemangsa kini menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan teknik kejuruteraan sosial untuk memperdaya kanak-kanak, menyebabkan mereka menyerahkan maklumat peribadi, wang, bahan eksplisit, atau terlibat dalam perbuatan mencederakan diri sendiri serta haiwan.
"Apabila seorang kanak-kanak menghantar kandungan eksplisit, pemangsa akan menggunakan ugutan untuk memastikan mereka tidak melaporkan kejadian tersebut," kata Doran.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa bahawa golongan remaja juga masih memerlukan pemantauan dalam talian.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Dasar Produk Roblox, Eliza Jacobs menjelaskan pihak syarikat telah mengambil langkah tegas untuk mengekang ancaman itu dengan menggunakan teknologi AI, sistem automatik, serta tenaga kerja manusia dalam pemantauan kandungan.
"Kami mempunyai ribuan moderator di seluruh dunia, termasuk penyiasat berpengalaman dari FBI dan CIA," kata Jacobs.
Sesetengah ibu bapa memilih untuk tidak membenarkan anak mereka bermain Roblox, manakala yang lain menetapkan had keselamatan yang ketat. — Gambar Hiasan/Agensi
Pada November lalu, Roblox telah memperkenalkan sistem kawalan ibu bapa yang lebih ketat, membolehkan mereka menetapkan had masa skrin, kawalan rakan, dan pilihan interaksi dalam platform tersebut.
Pada masa sama, pihak berkuasa dan syarikat teknologi menegaskan bahawa ibu bapa harus berperanan aktif dalam mendidik anak-anak mengenai keselamatan dalam talian.
"Kami mendapati bahawa apabila kanak-kanak bercakap dengan seseorang tentang pengalaman buruk mereka, kes pemerasan ini dapat dihentikan, dan risiko mereka mencederakan diri sendiri berkurang secara drastik," tambah Doran.
Sesetengah ibu bapa memilih untuk tidak membenarkan anak mereka bermain Roblox, manakala yang lain menetapkan had keselamatan yang ketat.
Kesedaran ibu bapa dan penguatkuasaan keselamatan dalam talian amat penting bagi memastikan pengalaman permainan yang selamat untuk kanak-kanak. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram