
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menggesa agar kawalan keselamatan di rumah ibadat umat Islam dipertingkatkan.
Ia susulan insiden seorang remaja yang didakwa mencabul budak di sebuah masjid dekat Batang Kali, Selangor pada Jumaat.
Jelasnya, kejadian itu memerlukan siasatan menyeluruh dan menekankan perlunya tindakan tegas pihak berkuasa.
BACA LAGI : [VIDEO] Saf wanita khusyuk solat, tak perasan lelaki buat onar terhadap budak dalam masjid di Batang Kali
"Saya berharap sekiranya suspek terbukti terlibat, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa sebagai pengajaran kepada semua," katanya.
Tambahnya, tindakan Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Muhammad Fahmi Ngah yang memanjang perkara tersebut kepada pihak polis juga merupakan langkah tepat bagi membolehkan siasatan segera dilakukan.
"Semua pihak diseru agar bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa," ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid sekitar Batang Kali.
Suspek seorang lelaki berusia 19 tahun telah ditahan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram