'Gummy mata macam 'slime', lekat pada baju', insiden budak kritikal tercekik gula-gula di George Town jadi iktibar ibu bapa


  • Massa
  • Rabu, 19 Feb 2025

Mohamad Fahmi (kanan) kini dilaporkan masih belum sedarkan diri dan dalam keadaan kritikal di Hospital Pulau Pinang.

KEJADIAN seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kritikal selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata wajar dijadikan sebagai iktibar terutama dalam kalangan ibu bapa.

Mangsa, Mohamad Fahmi Hafiz Mohamad Fakhruddin, 10, sebelum itu didakwa rebah dan tidak sedarkan diri ketika sedang menjalani pembelajaran di sekolahnya di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada Selasa.

Berdasarkan hantaran dikongsikan ibu saudaranya di Facebook Fara Hani, Mohamad Hafiz kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

BACA LAGI: [VIDEO] Polis buru lelaki kemeja biru licik bawa lari beg berisi wang tunai di restoran Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Gadis 'Chargeman' tepis sterotaip wanita sesuai kerja pejabat, muka hampir terkena percikan api

"Kejadian berlaku akibat terlekat gula-gula (mata bulat). Dia beli di gerai luar sekolah waktu kelas tanpa pengetahuan semua.

"Hani mohon buat semua yang mana ternampak hantaran ini mohon doakan anak syurga ini kembali sedar dan sembuh," tulisnya.

Dia juga mendakwa bahawa guru sekolah menemukan gula-gula terbabit dalam tekak mangsa ketika membuat panggilan video dengan pasukan perubatan.

Pihak hospital juga menemui sebiji lagi gula-gula sama dalam bungkusan belum dibuka di dalam poket bajunya.

Kejadian itu sekali gus membuka mata ramai khususnya ibu bapa yang mempunyai anak seusia mangsa.

"Baru-baru ini suami beli untuk anak-anak jenis macam ini juga, perisa mangga.

"Selalunya cakap pada suami sebab tak pernah ajar anak makan pelik-pelik selain coklat atau keropok. Gula-gula pun fikir banyak kali nak beli untuk mereka.

"Gula-gula ini kalau melekat pada baju memang berbekas macam slime. Inikan pula lekat pada kerongkong (tekak), minta dijauhkan segala musibah seperti ini," komen Nureila Syifa.

Sementara itu, ibu bapa mangsa difahamkan enggan memberi ulasan lanjut kerana emosinya yang belum stabil dan berjaga sejak Selasa.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa mahupun sekolah berhubung kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram