
SEORANG guru sambilan warganegara Malaysia ditahan polis selepas ditangkap mencuri barangan peribadi pelajar di sebuah sekolah dekat Osaka, Jepun pada Isnin.
Kejadian berlaku ketika pasukan kelab bola keranjang sekolah itu sedang menjalani latihan di gelanggang.
Turut hadir pada sesi latihan tersebut, lelaki berkenaan didakwa mencuri barangan berupa kad kredit dan wang tunai dari beg pelajarnya.
BACA LAGI: [VIDEO] Pesawat Delta Airlines terbalik sebelum terbakar ketika mendarat, 3 penumpang kritikal
Perbuatan itu dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang jelas memaparkan perilaku suspek ketika kejadian.
大阪府高槻市のバスケットボールサークルで練習中に現金やクレジットカードなど窃盗
日本名を使い初参加していた中学校非常勤講師でマレーシア国籍のウォン・カ・フェイ容疑者(26)逮捕
カメラには男が物色する様子が映る pic.twitter.com/tTKrKWZogF
— Tokyo.Tweet (@tweet_tokyo_web) February 17, 2025
Menurut laporan polis, suspek Wong Ka Fei, 26, merupakan guru sambilan di sekolah terbabit dan ditahan kerana disyaki mencuri.
Salah seorang mangsa mendakwa kehilangan lebih 1 juta yen (RM30,000) akibat daripada insiden kecurian tersebut.
Walau bagaimanapun, Wong menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa dia tidak perasan bahawa ia merupakan kad kredit.
Kes terbabit masih dalam siasatan polis dan suspek difahamkan digantung daripada bertugas buat sementara waktu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram