[VIDEO] Simpanan cuma ada RM200, fisioterapis gigih jual daging salai di Alor Setar demi implan tempurung kepala berharga RM15,000


  • Massa
  • Isnin, 17 Feb 2025

Muhammad Sufian terpaksa menjalani kehidupan dengan separuh tempurung kepalanya dibuang selepas kemalangan pada 2023.

SEORANG lelaki tidak menyangka kehidupannya akan berubah sekelip mata selepas terlibat dalam kemalangan di Jitra, Kedah pada 2023.

Muhammad Sufian Abdul Aziz, 36, terpaksa menjalani hidupnya dengan hanya separuh tempurung kepala.

Menurut Muhammad Sufian, doktor terpaksa memotong dan mengeluarkan separuh tempurung kepalanya akibat kecederaan parah di otak.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat beli gula-gula guna duit ibu, 3 beradik maut termakan roti beracun di Mexico

BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dalam drama', askar silap 'landing' jatuh hempap wanita tunggang motor depan masjid

476295056_10227407377469459_7574625650936107781_n

Muhammad Sufian dan anak perempuannya berusia empat tahun.

Pembedahan itu juga dilakukan bagi mengelakkan jangkitan kuman terus merebak.

Namun, lebih memilukan apabila keadaan itu turut menyebabkan perkahwinan yang dibina bersama isteri berakhir dengan perceraian.

Bapa kepada seorang anak perempuan berusia empat tahun itu berkata, dia kini hanya menguruskan diri sendiri.

Muhammad Sufian juga terpaksa melakukan dua kerja iaitu sebagai petugas fisioterapi di sebuah hospital kerajaan di Alor Setar, Kedah dan menjual daging salai.

Ia bagi menampung kos rawatan dan mencari wang tambahan untuk membeli implan tempurung kepalanya.

“Saya sekarang terpaksa bekerja tetapi separuh gaji sebab dah setahun saya cuti sakit (MC).

“Dan pada masa sama saya jual daging salai untuk beli implan yang berharga RM15,000.

“Saya tak dapat mana-mana bantuan dan pernah cuba mohon daripada Lembaga Zakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) tetapi tak berjaya sebab saya masih bekerja,” katanya kepada Majoriti.

Muhammad Sufian juga hanya mempunyai simpanan sebanyak RM200 untuk mencari dana rawatannya.

Katanya, rawatan tersebut penting bagi mengurangkan kesakitan pada kepalanya.

Dia juga memohon bantuan orang ramai agar dapat membantu dengan membeli produk buatannya.

“Saya memang masak dan jual sendiri daging salai ini di rumah dan secara dalam talian," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram