[VIDEO] Sikap rendah hati bilionair, pengasas pasar raya Lulu curi tumpuan imamkan solat jenazah, angkat keranda pekerja


  • Bizz
  • Rabu, 26 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan Yusuff tampil memberikan penghormatan kepada jenazah pekerjanya.

DALAM dunia korporat yang sering dikaitkan dengan persaingan kejam, status dan kekayaan, masih terdapat individu luar biasa membuktikan nilai kemanusiaan mengatasi segalanya.

Salah seorang daripadanya ialah pemilik konglomerat runcit global, Kumpulan Lulu juga individu berstatus bilionair, Yusuff Ali, 69.

Ia selepas tular video memaparkan tindakannya secara peribadi hadir menziarahi pekerjanya di Abu Dhabi yang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada awal bulan ini.

BACA LAGI: Inovasi meja ergonomik anak muda dari Pulau Pinang, tak gentar persaingan, teruskan legasi keluarga

BACA LAGI: Hobi berkhemah jadi bisnes, Kemrent Empire sasar 'one-stop centre' barangan aktiviti perkhemahan

Selain itu, beliau yang turut memuat naik sendiri klip ziarahnya tersebut tidak sekadar memberikan penghormatan terakhir, tetapi turut serta bersama mengangkat keranda jenazah terbabit dan sempat mengimamkan solat jenazah.

Tindakan itu ternyata mendapat perhatian daripada warganet yang memuji sikap rendah diri dipamerkan Yusuf, sesuatu yang menurut mereka jarang dilakukan oleh tokoh perniagaan yang memiliki status dan berjawatan tinggi.

Difahamkan, pekerjanya yang meninggal dunia itu bertugas sebagai penyelia di sebuah pasar raya milik Kumpulan Lulu di salah satu pusat beli-belah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Hijrah membuka peluang

ujKkihyn_400x400

Pengerusi Kumpulan Lulu, Yusuff Ali. — Agensi

Dilahirkan pada 15 November 1955 di Nattika, Kerala, India, Yusuff dibesarkan dalam keluarga sederhana.

Bagaimanapun, berbekalkan diploma Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan, beliau berhijrah ke Abu Dhabi pada 1973 untuk menyertai perniagaan pengedaran barangan runcit milik bapa saudaranya.

Ketika membantu operasi perniagaan tersebut, Yusuff menyedari bahawa industri runcit di Asia Barat masih belum mencapai potensi penuh yang dimiliki.

Ia khususnya dalam penyediaan pengalaman membeli-belah moden kepada penduduk tempatan dan ekspatriat.

Berikutan peluang tersebut, Yusuff kemudiannya menubuhkan Kumpulan Lulu yang kini mencapai status konglomerat runcit global dengan pasar raya pertamanya dibuka pada 2000 di Abu Dhabi.

6176795453283221166

Kumpulan Lulu turut membuka cawangan di Madinah, Arab Saudi baru-baru ini. — Kumpulan Lulu

Di bawah kepimpinannya, Kumpulan Lulu yang berpangkalan di UAE berkembang secara agresif ke seluruh Asia Barat, India, dan Asia Tenggara dengan ia mempunyai kira-kira daripada 250 cawangan di lebih 22 negara termasuk di Arab Saudi, Mesir, India, dan Malaysia.

Perniagaannya merangkumi pasar raya dan pusat beli-belah di samping platform perkhidmatan kedai serbaneka e-dagang iaitu Lulu Express dan Lulu Webstore

Menurut senarai Forbes 2024, Yusuff kini memiliki kekayaan bersih dianggarkan sebanyak AS$7.4 bilion (RM32.8 bilion), sekali gus meletakkannya sebagai individu ke-39 terkaya di India. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram