[VIDEO] Polis buru lelaki kemeja biru licik bawa lari beg berisi wang tunai di restoran Klang


  • 112
  • Rabu, 19 Feb 2025

Tangkap layar video memaparkan kecurian beg yang berlaku di sebuah restoran di Klang, Selangor pada Jumaat minggu lalu.

POLIS kini mengesan seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kes kecurian beg di sebuah restoran di Lorong Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, Selangor pada Jumaat minggu lepas.

Polis Klang Selatan dalam satu kenyataan memaklumkan, lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an itu mencuri beg berisi wang tunai di restoran terbabit.

Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, suspek bertindak sedemikian ketika mangsa sedang duduk dan meletakkan begnya di kerusi sebelahnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Gadis 'Chargeman' tepis sterotaip wanita sesuai kerja pejabat, muka hampir terkena percikan api

BACA LAGI: [VIDEO] Simpanan cuma ada RM200, fisioterapis gigih jual daging salai di Alor Setar demi implan tempurung kepala berharga RM15,000

Suspek berbaju kemeja biru yang datang dari hadapan kemudiannya dilihat menghampiri mangsa dan membawa lari beg tersebut.

Polis bagaimanapun memberitahu bahawa suspek berjaya melarikan diri ketika kejadian.

Sementara itu, kes di siasat di bawah Seksyen 379 kanun keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut dan maklumat boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2398 atau terus ke Balai Polis yang berdekatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram