
SEORANG pegawai tentera, Mejar Mohd Zainudin Ishak dilaporkan hilang selama kira-kira tiga hari selepas keluar dari rumah keluarganya.
Adik ipar mangsa, Abu Mikhail Mohd Fauzi berkongsi perkara itu menerusi catatannya di laman Facebook bagi meminta orang ramai mengesan mangsa.
Abu Mikhail berkata, Zainudin kali terakhir dilihat sewaktu menaiki sebuah Perodua Ativa dengan nombor plat kenderaan, VGU 3986 sekitar pukul 7 malam.
"Warna badan kereta merah, bumbung kenderaan warna putih.
"Hilang tanpa dapat dikesan hingga sekarang. Mohon hebahan.
"Orang ramai mempunyai maklumat boleh berhubung dengan isteri melalui talian 012-4493952 atau balai polis berdekatan," katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu daripada seorang pegawai Kem Wardieburn pada pukul 7.08 malam Isnin di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
"Laporan dibuat susulan pegawai (Mohd Zainudin) dikesan tidak hadir bertugas.
"Kes diklasifikasikan sebagai Orang Hilang (OH). OH bagaimanapun telah ditemukan di sebuah masjid di Karak, Pahang," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, selepas kira-kira tiga hari hilang tanpa jejak, Abu Mikhail memaklumkan bahawa abang iparnya itu kini sudah dijumpai, namun memerlukan rawatan lanjut di hospital.
"Zainudin kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram