Pemilik lesen 'P' boleh 'upgrade' jadi lesen kompeten menerusi aplikasi MyJPJ


  • 112
  • Ahad, 16 Feb 2025

Permohonan lesen CDL boleh dilakukan terus menerusi aplikasi MyJPJ.

BERITA baik buat pemilik Lesen Memandu Percubaan (PDL) atau lesen "P" apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membenarkan permohonan menukarkannya menjadi Lesen Memandu Kompeten (CDL) menerusi aplikasi MyJPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata permohonan itu boleh dilakukan bermula 17 Februari dan akan memberikan manfaat kepada 2.38 juta pemilik lesen PDL yang layak.

Proses permohonan adalah lebih kurang sama dengan prosedur memperbaharui lesen CDL menerusi aplikasi tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga asing bergaduh di kilang Batu Pahat, pekerja Nepal maut ditikam 5 lelaki

BACA LAGI: [VIDEO] Mengamuk hampir 7 jam, polis cedera kena tetak lelaki berparang di Sungai Petani

lesen p'

Datuk Aedy Fadly Ramli

"Pengenalan ciri baharu itu adalah untuk membantu permohonan lesen CDL secara atas talian tanpa perlu pergi ke kaunter JPJ.

"Pemilik lesen PDL boleh memohon lesen CDL menerusi aplikasi MyJPJ pada bila-bila masa menerusi telefon pintar mereka.

"Permohonan lesen CDL menerusi aplikasi MyJPJ adalah mudah, pantas, menjimatkan masa, fleksibel dan mesra pengguna," katanya.

Aedy Fadly berkata pemohon boleh memuat turun atau mengemas kini aplikasi sebelum log masuk, dan selepas memilih menu yang berkaitan serta membayar yuran permohonan, mereka akan menerima notifikasi mengenai status permohonan mereka. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram