[VIDEO] Bertarung nyawa 12 jam di bawah runtuhan, 3 pekerja maut bangunan di tapak pembinaan haram tiba-tiba runtuh di Sepanyol


  • Benua
  • Selasa, 04 Feb 2025

Bangunan tiga tingkat secara tiba-tiba runtuh dalam kejadian di kawasan Villa Nazaret, La Romana, Sepanyol pada Jumaat lepas.

TIGA pekerja maut selepas bangunan tiga tingkat secara tiba-tiba runtuh dalam kejadian di kawasan Villa Nazaret, La Romana, Sepanyol pada Jumaat lepas.

Tragedi itu berlaku ketika para pekerja sedang giat menjalankan tugas di tapak pembinaan.

Mangsa terakhir, seorang pekerja pembinaan ditemui terperangkap di bawah runtuhan selama lebih dari 12 jam sebelum mayatnya berjaya dikeluarkan dari bawah binaan tersebut.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan hanya menjumpai dua individu yang maut sebelum angka kematian meningkat kepada tiga.

BACA LAGI: [VIDEO] Sakit hati dimalukan depan keluarga, suami tergamak tanam isteri warga Aceh hidup-hidup

BACA LAGI: [VIDEO] Cemburu kekasih bawa lelaki lain balik rumah jadi punca guru silat sumbat mayat wanita dalam bagasi merah

Tiga individu lain yang tercedera telah dibawa ke pusat kesihatan, sementara siasatan diteruskan untuk mengenal pasti punca insiden itu.

Pihak berkuasa berkata, kerja-kerja pembinaan bangunan itu dijalankan tanpa permit yang sah daripada majlis bandaraya dan pemilik telah diberi amaran untuk menghentikan pembinaan itu sebelum terjadinya runtuhan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pasukan dari Pusat Operasi Kecemasan (COE) dengan bantuan pasukan penyelamat dari Verón, Higüey dan San Pedro de Macorís. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram