
SEORANG lelaki ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Silibin, Ipoh, Perak pada Isnin.
Panggilan mengenai insiden itu diterima oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak daripada polis pada pukul 8.38 pagi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM, Sabarodzi Nor Ahmad, setibanya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh di lokasi kejadian sembilan minit kemudiannya, mayat lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah pada bahagian kepala di dalam longkang sedalam kira-kira tiga meter.
BACA LAGI: [VIDEO] Tak sempat beli gula-gula guna duit ibu, 3 beradik maut termakan roti beracun di Mexico
“Identiti mangsa tidak diperolehi dan kematian lelaki itu telah disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, bomba menggunakan satu unit scoop stretcher dan dua unit tali webbing untuk mengangkat mangsa dengan bantuan kenderaan forklift milik syarikat berhampiran.
Menurut Sabarodzi, operasi itu tamat pada 9.40 pagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram