[VIDEO] Gagal muncul semifinalis, kalahkan Selangor Angels ubati duka Terengganu Marvels


  • Podium
  • Isnin, 17 Feb 2025

Meskipun meraih kemenangan ke atas Selangor Angels namun impian Terengganu Marvels untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian. (lead)

PERLAWANAN terakhir minggu ketiga saingan Netball Super League (NSL) 2025 pada Ahad menyaksikan Terengganu Marvels terpaksa melupakan impian untuk mara ke separuh akhir kejohanan tersebut.

Begitupun, Terengganu Marvels yang gagal melangkah ke peringkat semifinal itu mengubati kekecewaan mereka dengan kemenangan berharga 38-32 ke atas Selangor Angels.

Meskipun impian untuk mara lebih jauh dalam pertandingan terhalang, kemenangan itu memberikan sedikit kelegaan kepada pasukan.

BACA LAGI: Diam-diam KL City pecah rekod legenda Pahang, tamatkan kemarau menang ke atas Selangor dan Terengganu

BACA LAGI: Mungkin dapat percuma, Jalil Elias ikut jejak Chico Geraldes tak balik JDT

6165930839586752822Meskipun Terengganu Marvels meraih kemenangan ke atas Selangor Angels namun kedua-dua pasukan gagal mara ke semifinal Netball Super League 2025.

Ia membuktikan semangat juang yang tinggi, yang mana mereka berusaha keras untuk menebus kekecewaan selepas tersingkir dari perebutan tempat semifinal.

Oleh itu, tamat minggu ketiga saingan NSL menyaksikan empat pasukan terbaik berjaya mara ke separuh akhir bagi penentuan kejuaraan musim ini.

Antaranya, pasukan yang tidak mencatatkan sebarang kekalahan selepas tujuh perlawanan, Putrajaya Dynamites dengan pungutan mata akhir 21 mata.

Selain itu, Kuala Lumpur Wildcats turut berhasil meraih mata yang baik untuk mara pusingan kalah mati.

Johor Jewels dan Perak Phoenix muncul selaku pasukan yang berjaya merebut slot untuk kekal dalam empat terbaik NSL.

Perlawanan peringkat kalah mati itu akan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu depan (22 Februari). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram