[VIDEO] Tak sempat beli gula-gula guna duit ibu, 3 beradik maut termakan roti beracun di Mexico


  • Benua
  • Isnin, 17 Feb 2025

Roti beracun yang dimakan oleh tiga kanak-kanak tersebut ketika membeli gula-gula di sebuah premis pada Jumaat minggu lalu.

SERAMAI tiga beradik maut selepas termakan roti beracun untuk membunuh haiwan liar di Chiapas, Mexico pada Jumaat minggu lalu.

Ibu tiga mangsa, Marcelina Perez berkata, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga melawat saudara di sebuah perkampungan orang asli di San Cayetano Ejido.

Ketika kejadian, Perez memberi wang dan menghantar anak-anaknya ke premis berhampiran untuk membeli gula-gula.

BACA LAGI: [VIDEO] Mak cik, rakan subahat curi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Kota Bharu direman 4 hari

BACA LAGI: [VIDEO] 'Macam dalam drama', askar silap 'landing' jatuh hempap wanita tunggang motor depan masjid

Namun tak sampai beberapa minit kemudian, dia dimaklumkan bahawa tiga anaknya berusia dua, lima dan enam tahun tidak sedarkan diri di kedai terbabit.

"Saya lihat dan mengambil mereka. Saya melakukan apa yang mampu.

"Ada yang beritahu saya untuk memberi mereka susu dan kapur supaya mereka muntah, dan kami melakukan itu. Tetapi mereka meninggal dunia dalam ambulans," katanya.

Dalam pada itu, siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak itu meninggal dunia selepas makan roti beracun yang diletakkan dengan sengaja di seluruh jalan Ejido atas arahan pegawai tempatan sebagai langkah mengawal populasi anjing liar di kawasan itu.

Berdasarkan laporan forensik, punca kematian tiga kanak-kanak itu adalah disebabkan kegagalan pelbagai organ dalaman akibat racun tersebut.

Selepas dua hari siasatan dilakukan, pihak berkuasa menahan dua pegawai yang dikenali sebagai Martín dan Bartolo.

"Kami sedang menyiasat sama ada mereka yang bersetuju meletakkan racun untuk membunuh haiwan, yang secara tidak sengaja menyebabkan kanak-kanak termakannya," katanya.

Sementara itu, peguam bela hak asasi manusia menyifatkan kejadian itu sebagai gambaran jelas tentang isu kemiskinan tegar dan kekurangan perkhidmatan kesihatan awam serta pendidikan dalam komuniti tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram