Tak jadi sertai revolusi HM, Tano Solari sebaliknya dilantik pengarah teknikal kelab Argentina


  • Podium
  • Ahad, 16 Feb 2025

Esteban Solari diumumkan sebagai pengarah teknikal baharu bagi kelab bola sepak Argentina, Godoy Cruz.

BEKAS Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Esteban Solari diumumkan sebagai pengarah teknikal baharu bagi kelab bola sepak Argentina, Godoy Cruz.

Pelantikan itu menandakan langkah besar dalam kerjaya Solari yang sebelum ini mencatatkan kejayaan cemerlang di Malaysia bersama JDT.

Bersama JDT, Solari mengendalikan 43 perlawanan secara keseluruhan dalam saingan Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC (ACL), selain memastikan rekod tanpa kalah dalam pelbagai pertandingan domestik serta merekodkan jaringan 100 gol dalam kempen liga musim 2023.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya bukan kuda tua', Gonzalez buktikan kemampuan diri selepas 7 bulan tak beraksi

BACA LAGI: Kedah makin mantap, bawa masuk ex JDT lepas kekalkan sepupu Teerasil Dangda

Daripada jumlah perlawanan yang dikendalikan itu, Solari merekodkan hampir 85 peratus kadar kemenangan.

Selepas meninggalkan JDT, Solari menabur bakti bersama kelab Chile yang mana dia mengendalikan Everton de Vina.

"Esteban Solari, dengan pengalaman luas bersama kelab Chile dan Johor Darul Ta'zim di Malaysia, serta skuad muda Argentina, tiba di Godoy Cruz untuk menghadapi cabaran baharu. Semoga berjaya, Esteban!," katanya.

Selepas beberapa tahun memiliki pengalaman di Asia dan Amerika Selatan, Solari menyambut cabaran baharu di Godoy Cruz sebuah kelab yang terkenal di Argentina.

Pengumuman pelantikan sebagai pengarah teknikal menunjukkan keyakinan kelab terhadap kemampuan dan pengalaman Solari dalam menguruskan pasukan profesional.

Dengan latar belakang yang luas dalam bola sepak antarabangsa dan pengalaman bersama pasukan besar, Solari diharap dapat memberi sumbangan signifikan kepada pembangunan pasukan Godoy Cruz dan terus membawa kelab itu ke tahap yang lebih tinggi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram