[VIDEO] 'You tahu tak I ada CCTV?' Penyanyi undangan dituduh curi kamera ketika penuhi 'job' perkahwinan


  • Tular
  • Ahad, 16 Feb 2025

Penyanyi tersebut dituduh mencuri kamera semasa di majlis perkahwinan dia diundang menyanyi.

SEORANG artis lelaki dituduh mencuri sebuah kamera semasa sedang memenuhi undangan menyanyi di majlis perkahwinan.

Dalam perkongsian yang dilakukan oleh Nureen Imaan di laman X (Twitter), penyanyi yang pernah memasuki sebuah rancangan realiti itu dikatakan cuba melarikan sebuah kamera semasa majlis itu.

Penyanyi tersebut cuba menafikan perbuatan tersebut namun Nureen mengatakan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati artis berusia 25 tahun itu melakukannya.

BACA LAGI: [VIDEO] Hospital Kota Marudu kekurangan doktor, insiden warga emas terbaring kritikal tak dapat rawatan bukan kejadian baharu

BACA LAGI: [VIDEO] Hampir terperosok bawah tayar, penunggang motor terseret elak lori buat U-turn mengejut di Bayan Lepas

Ketika mempertahankan dirinya, penyanyi tersebut mengatakan yang dia ternampak sebuah kamera dan mengajak rakannya bergambar dengan menjadikan alat itu sebagai prop.

Namun begitu, Nureen mengatakan yang rakaman CCTV menunjukkan penyanyi itu meletakkan kamera tersebut di dalam poketnya dan cuba pergi daripada majlis itu.

"You tahu tak I ada CCTV?," soal Nureen kepada penyanyi tu.

Nureen kemudiannya mendedahkan yang ketika sedang mencari kamera itu, dia bertanyakan kepada semua orang termasuklah penyanyi tersebut.

Namun begitu, penyanyi tersebut tidak mengatakan perkara sebenar sebaliknya sekadar bertanya, "hilang ke?"

"Semasa saya mencari kamera itu, saya pergi tanya semua orang termasuklah dia, tapi apa yang dia jawab adalah 'oh I ada nampak tadi dekat atas meja, hilang ke?' dan bukannya mengatakan kamera itu digunakan sebagai prop.

"Mula mula dalam poket, lepas tu dalam beg pula, eh tahu tahu dalam poket balik lepas dah balik. Nak reka cerita pun bagilah masuk akal sikit. Memalukan.

"Beraninya nak cuba mencuri di majlis perkahwinan yang kau sendiri dijemput untuk menyanyi? Lagi pula kau tu dikenali ramai. Berani betul," tulis Nureen.

Tidak dapat dipastikan sama ada Nureen membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan dia juga tidak menyatakan kesudahan insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram