Pemasangan LED di persimpangan lampu isyarat bantu pengguna jalan raya di Bandar Perda


  • Massa
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Pemasangan lampu isyarat LED di Seberang Perai memudahkan pemandu di sana. — The Star/ZHAFARAN NASIB

BAGI meningkatkan keselamatan jalan raya dan infrastruktur bandar, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memperkenalkan pemasangan lampu LED pada tiang lampu isyarat.

Tiang-tiang tersebut kini dilapisi jalur LED yang berubah warna selari dengan lampu isyarat. Pencahayaan penuh pada tiang memastikan isyarat lalu lintas dapat dilihat dari jarak lebih jauh dan sudut lebih luas.

Ini seterusnya mengurangkan risiko pengguna jalan raya terlepas signal lampu isyarat, terutamanya ketika cuaca buruk.

BACA LAGI: Tasik Berombak banyak kisah misteri, penduduk beri amaran orang luar waspada

BACA LAGI: Lebih 20,000 pengunjung hadir memeriahkan Pesta Air Sibu Jaya 2024

Projek itu bermula pada Mac tahun lalu di satu persimpangan berhampiran ibu pejabat MBSP di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Terdapat hasil positif dalam kesedaran pengguna jalan raya serta estetika bandar, kata Datuk Bandar Seberang Perai, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

baderul

Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

"Naik taraf ini meningkatkan keterlihatan isyarat lalu lintas, membantu pemandu dan pejalan kaki bertindak balas dengan lebih berkesan.

"Ia juga mengindahkan lagi bandar, menarik pelawat serta merangsang aktiviti ekonomi tempatan," katanya.

Dengan peruntukan sebanyak RM55,000, Baderul Amin berkata, projek percubaan itu akan diperluaskan, walaupun kekangan kewangan mungkin menghalang penggunaannya secara meluas.

"Jika projek ini terus membuktikan keberkesanannya, MBSP akan mencari cara untuk mengoptimumkan kos dan memperluaskan sistem ini ke persimpangan lain," katanya.

Dilaporkan tiang lampu isyarat bercahaya penuh turut dipasang di sebuah persimpangan di Kuching, Sarawak pada tahun 2023.

Penggunaan tiang sedemikian juga telah digunakan di beberapa bahagian di China, India, Turkiye dan Timur Tengah terutamanya di persimpangan besar. — The Star/LO TERN CHERN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram