
PENANG FC berjaya meraih kemenangan besar selepas menewaskan Kelantan Darul Naim FC 6-1 pada 7 Februari di Kota Bharu, Kelantan.
Kini kembali semula ke Stadium Bandaraya untuk berdepan Kuching City FC pada Ahad, Harimau Kumbang pastinya dalam keadaan terbaik untuk meraih satu lagi kemenangan.
Namun begitu, ia bukannya mudah kerana musim ini, The Cats cukup ampuh dari segi persembahan mereka.
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum Dylan Wenzel-Halls, Penang FC destinasi 3 import 'striker' menyerlah di Liga M
BACA LAGI: Selepas Penang, Kedah pula terima angpau tanda pembakar semangat bertemu PDRM
Impak Rodrigo Dias-Wenzel Halls
Satu perkara yang boleh menjadi perkara positif buat Penang adalah kestabilan persembahan mereka sejak Wan Rohaimi Wan Ismail menjadi pengendali.
Ia dapat dilihat ketika perlawanan bertemu KDN, penyerang import iaitu Rodrigo Dias berjaya memberikan persembahan terbaiknya musim ini apabila berjaya merakamkan hatrik.
Dylan Wenzel-Halls menambah sengat kepada serangan Penang. — Facebook/Penang FC
Faktor KDN sebagai lawan lebih mudah mungkin memainkan peranan, namun impak ditampilkan Dylan Wenzel-Halls juga tidak boleh dipandang sepi. Sejak kehadirannya ke Penang, persembahan serangan Harimau Kumbang semakin baik.
Oleh itu, pastinya gandingan dua pemain tersebut menjadi tumpuan dan pertahanan Kuching City harus bijak menghalang mereka.
Kembali ke Bandaraya
Selepas tampil beraksi baik di Kota Bharu, Penang kembali semula ke Stadium Bandaraya, George Town untuk meneruskan rentak kemenangan.
Penyokong sering menuntut tiga mata daripada mereka dan selepas meraihnya di laman lawan, sudah pasti perkara serupa dimahukan apabila Penang beraksi di gelanggang sendiri.
Penyokong Penang pastinya mengharapkan tiga mata lagi diraih mereka. — Facebook/Penang FC
Ia mungkin menjadi tekanan, namun seandainya tekanan itu ditukarkan menjadi motivasi yang baik maka Penang berpeluang meneruskan rentak kemenangan.
Bila menang, penyokong akan lebih suka dan skuad Penang sendiri lebih bersemangat meneruskan rentak positif di padang.
Jaga-jaga 'cakaran' The Cats
Akan tetapi, Penang seharusnya berhati-hati apabila berdepan Kuching City yang sememangnya sukar untuk ditundukkan musim ini.
Musim ini, Kuching City selesa dalam perebutan kedudukan pertengahan liga dengan menghuni tangga keenam dengan 22 mata sambil mempunyai tiga perlawanan dalam tangan.
Kuching City bukannya pasukan yang mudah dikalahkan. — Facebook/Kuching City FC
Selepas mereka seri 1-1 menentang Perak FC tempoh hari, Kuching pastinya mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada tiga perlawanan selepas menang sekali dan seri sekali.
Pertemuan antara kedua-dua kelab pastinya menarik pada Ahad. Cakaran mana lebih menikam? Adakah ia dari Harimau Kumbang ata The Cats? — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram