[VIDEO] Pokok ikonik berusia 140 di Taiping akhirnya tumbang akibat ribut


  • Massa
  • Ahad, 16 Feb 2025

Pokok hujan-hujan berusia 140 tahun tumbang akibat ribut di Taiping.

SEBATANG pokok yang begitu ikonik di Taiping, Perak akhirnya tumbang selepas 140 tahun ia ditanam.

Pokok hujan-hujan atau nama Samanea Saman yang ditanam di Taman Tasik Taiping, Taiping yang sudah ada sejak dari era penjajahan British itu tumbang akibat angin kuat dan hujan lebat pada Ahad.

Memetik laporan Ipoh Echo, pokok tersebut merupakan tarikan pengunjung setiap kali ke taman tersebut kerana strukturnya yang kelihatan hampir tumbang.

BACA LAGI: Penjual apam balik di Taiping menyesal bakar motor tertunggak 20 bulan, dibenar ikat jamin RM4,000

BACA LAGI: [VIDEO] Ular sawa menyorok atas siling di Taiping antara paling panjang ditangkap — APM

Semasa kejadian itu berlaku, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dengan kawasan sekitar ditutup sementara waktu kepada orang awam.

Demi memelihara pokok yang sudah lama ditanam itu, Majlis Perbandaran Taiping (MPI) meletakkan besi sokongan terhadapnya selepas kejadian ribut pada 2021.

Kejadian ribut pada 2021 itu turut membuatkan pokok yang sama tumbang berpunca daripada ketidakseimbangan strukturnya.

Perkara itu nyata menyedihkan mereka yang sering berkunjung ke taman tasik tersebut kerana selepas ini tiada lagi tarikan utama yang merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Sebelum ini, terdapat juga kes melibatkan empat pokok hujan-hujan yang tumbang di taman tasik itu sebelum tumbuhan ikonik tersebut menerima nasib serupa.

Dilaporkan, terdapat 90 pokok hujan-hujan yang ditanam berdekatan kawasan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram