[VIDEO] Bunuh wanita hantar pesanan: Suspek dicekup di Terengganu, polis rampas cincin dan wang tunai


  • 112
  • Sabtu, 15 Feb 2025

Norshamira Zainal mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dekat di Kuantan, Pahang pada Khamis. — Gambar Tular

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai suspek kes bunuh wanita, Norshamira Zainal yang ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dekat Kuantan, Pahang pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek yang berusia 53 tahun ditahan di sebuah rumah, kawasan perumahan Wakaf Tembusu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu kira-kira pukul 5.30 pagi.

Katanya, turut dirampas bersama suspek ialah sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek, mangsa kes bunuh di Kuantan tiada hubungan, polis dapati barang kemas pada mayat hilang

BACA LAGI: Ada unsur jenayah, polis percaya peniaga wanita nak COD makanan dibunuh, mayat ditemui tepi sungai di Kuantan

"Pihak polis akan membuat permohonan tahanan reman terhadap suspek di Mahkamah Majistret Kuantan pada hari ini (Sabtu)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, dengan tertangkapnya suspek berkenaan, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh terbabit yang berlaku pada Khamis.

"Pihak polis berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang wanita ditemukan mati dipercayai dibunuh di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur dekat di Kuantan, Pahang pada Khamis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram