Ada unsur jenayah, polis percaya peniaga wanita nak COD makanan dibunuh, mayat ditemui tepi sungai di Kuantan


  • 112
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Warga Kuantan digemparkan dengan kes penemuan mayat dipercayai dibunuh di tebing sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur. — Gambar hiasan

NIAT seorang wanita untuk menghantar makanan kepada pelanggan bertukar menjadi tragedi selepas dia dipercayai dibunuh di Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Kuantan, Asistan Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat tersebut pada Khamis sekitar 12.45 tengah hari.

Mayat tersebut dijumpa di tebing sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.

BACA LAGI: [VIDEO] Angin kuat, cuaca kering punca hutan di Ayer Keroh terbakar, bomba ambil masa 12 jam padamkan api

BACA LAGI: [VIDEO] Pecah tabung guna mesin 'grinder', polis buru suspek larikan derma hampir RM150 di Ipoh

tg lumpur

Jambatan Tanjung Lumpur menjadi lokasi penemuan mayat wanita berusia 37 tahun.

Hasil siasatan mendapati, terdapat unsur jenayah dalam kes tersebut berdasarkan siasatan lanjut polis bersama pakar patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Turut difahamkan, saksi memberitahu mangsa yang berusia 37 tahun dalam perjalanan untuk menghantar makanan.

"Siasatan mendapati mangsa tinggal di daerah Kuantan dan bekerja sebagai peniaga makanan.

"Menurut saksi, mangsa tiba di tempat kejadian untuk melakukan transaksi cash on delivery (COD) sekitar 7.30 malam pada Rabu," jelas Wan Mohd Zahari dalam satu kenyataan.

Wan Mohd Zahari turut menambah yang kes tersebut dikelaskan sebagai jenayah bunuh. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram