[VIDEO] Lelaki parah ditetak guna pisau pemotong daging, orang awam bantu 'tumbangkan' suspek di JB


  • 112
  • Selasa, 11 Feb 2025

Seorang lelaki ditahan susulan kejadian tetak menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kejadian di Johor Bahru, Johor pada Selasa.

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah selepas ditetak seorang lelaki lain menggunakan pisau pemotong daging dalam satu kejadian di Johor Bahru, Johor pada Selasa.

Kejadian yang berlaku di Jalan Wong Ah Fook itu turut berjaya dirakam oleh orang awam dan mula tular di aplikasi WhatsApp yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan kejadian terbabit.

BACA LAGI: Ajal belum tertulis, suami isteri terselamat cubaan bunuh, 6 das tembakan dekat rumah di Simpang Renggam

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

Katanya, kejadian berlaku pada pukul 2.52 petang Selasa menyebabkan mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

"Suspek berjaya diberkas orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis. Manakala siasatan lanjut berhubung kes masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di deretan sebuah premis kedai.

Turut tular gambar seorang lelaki dipercayai suspek dalam keadaan meniarap ditahan oleh polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram