[VIDEO] Premis jual mercun terbakar, 5 kenderaan termasuk 2 motosikal hangus di Cheras


  • 112
  • Rabu, 12 Feb 2025

Tangkap layar insiden kebakaran membabitkan sebuah premis menjual mercun di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa.

SATU insiden kebakaran dilaporkan berlaku membabitkan sebuah premis menjual mercun di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.

Kebakaran terbabit mengakibatkan lima kenderaan musnah akibat api yang terlampau marak ketika kejadian.

Insiden terbabit sempat dirakamkan beberapa saksi kejadian yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Warga emas 'ditelan' bumi, penutup lubang saliran kedai tiba-tiba pecah di Seremban

BACA LAGI: [VIDEO] KL Wildcats kekal rekod ‘perfect’ baham Johor, fans kecewa taktikal Jewels mudah dibaca

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 9.53 malam.

"Seramai 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

"Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua buah motosikal.

"Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat," katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram