[VIDEO] Lori tak sempat brek rempuh belakang Alza, rosakkan palang RFID di Ayer Keroh


  • Tular
  • Selasa, 11 Feb 2025

Lori tersebut (kiri) gagal menekan brek sebelum merempuh Perodua Alza (kanan) yang berada di depannya.

SEBUAH lori didapati melanggar palang dan sebuah kenderaan lain dalam kejadian di plaza tol Ayer Keroh, Melaka pada Sabtu.

Kejadian yang berlaku pada waktu siang itu menyaksikan sebuah lori dikatakan gagal untuk menarik brek tepat pada waktunya hinggakan pemandu tidak dapat mengawal kenderaan daripada merempuh tol.

Menerusi rakaman yang tular, lori tersebut tidak sempat membrek sebelum ia merempuh papan tanda RFID di tol tersebut serta kereta yang berada di lorong berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Asyik belek barang dapur, 2 wanita rugi ribuan ringgit rantai emas disamun lelaki berparang dekat kedai runcit di Klang

BACA LAGI: [VIDEO] Suami maut, isteri parah motor dirempuh lori ketika keluar simpang di Batu Pahat

Kereta jenis Perodua Alza itu dirempuh dari belakang oleh lori tersebut dan mengalami kerosakan. Pemandu lelaki terbabit mengalami kecederaan akibat rempuhan itu dan dia diberikan rawatan.

Sementara lori tersebut remuk di bahagian depan selepas merempuh kereta terbabit. Impak pelanggaran tersebut juga menyebabkan palang di lorong RFID itu tercabut dan memasuki lorong sebelahnya.

Lori tersebut kemudiannya ditahan ke tepi namun masih tiada sebarang maklumat mengenai tindakan yang diambil terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram