[VIDEO] Asyik belek barang dapur, 2 wanita rugi ribuan ringgit rantai emas disamun lelaki berparang dekat kedai runcit di Klang


  • Tular
  • Isnin, 10 Feb 2025

Tangkap layar kejadian dua wanita disamun seorang lelaki (kiri) dalam sebuah kedai runcit di Bandar Parklands dekat Klang, Selangor pada Isnin.

DUA wanita kerugian ribuan ringgit selepas rantai emas milik mereka diragut oleh seorang lelaki di Bandar Parklands dekat Klang, Selangor pada Isnin.

Kejadian itu juga berjaya dirakam oleh premis kedai runcit milik salah seorang mangsa dan tular di aplikasi WhatsApp pada hari yang sama.

"Hati-hati, kejadian ragut di Bandar Parklands, Klang. Dua wanita jadi mangsa," tulis individu yang berkongsi video berkenaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, datuk meninggal dunia lepas selamatkan 2 cucu di Pantai Irama

BACA LAGI: [VIDEO] Leka jawab panggilan telefon ketika bertugas, pekerja kilang di Pakistan maut 'ditelan' mesin kertas

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.08 petang itu, mangsa dilihat sedang memilih barangan dapur di luar kedai berkenaan sebelum masuk ke dalam.

Sementara itu, suspek yang berada di tempat duduk sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tiba-tiba berlari masuk ke arah kedai dan menuju ke arah mangsa.

Suspek yang menggunakan topeng muka dan bersenjatakan parang terus meluru ke arah mangsa dan meragut rantai lehernya.

Sementara itu, pemilik kedai berkenaan turut dilihat menyerahkan lantai leher miliknya kepada suspek selepas suspek dilihat mengacukan parang ke arahnya.

Suspek kemudiannya terus beredar dari premis kedai tersebut menggunakan kereta SUV berkenaan.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram